DASAR PRIVASI

Pitch Platforms Sdn. Bhd. (No. Syarikat 1158464-T) ("Pengendali ECF" atau "pitchIN") komited untuk melindungi privasi pengguna platform kami mengenai data peribadi mereka. Dasar Privasi pitchIN yang dibentangkan di bawah adalah menurut Akta Perlindungan Peribadi 2010 ("Akta").

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya, istilah huruf besar yang digunakan di sini mempunyai makna yang sama yang diperuntukkannya dalam pitchIN Terms and Conditions.


Maklumat yang dikumpulkan oleh Pengendali ECF

Platform ini tidak mengambil apa-apa maklumat peribadi mengenai pengguna individu secara automatik. Di samping itu, server kami tidak merekodkan maklumat mengenai e-mel pengguna secara automatik kecuali dibekalkan oleh pengguna. Seperti semua laman web yang lain, server kami mungkin mengumpul maklumat internet, termasuk maklumat peranti anda, maklumat log, sejarah pelayaran, alamat protocol internet, cookies dan maklumat lokasi secara automatik. Kami mengumpul, merekod, memegang, menyimpan dan/atau memproses maklumat peribadi apabila pengguna mendaftar dengan kami. Pendaftaran adalah wajib bagi sesiapa yang ingin menggunakan bahagian Platform kami yang hanya boleh diakses oleh pengguna berdaftar. Pendaftaran anda dengan kami menandakan kebenaran anda kepada kami untuk memproses data peribadi anda selaras dengan terma dan syarat berikut.

Data peribadi termasuk nama, alamat, salinan dan butir-butir dokumen pengenalan, nombor telefon, jantina, butir-butir akaun bank, sejarah pekerjaan, kredit dan rujukan semak, status perkahwinan, pensabitan kesalahan atau pendakwaan, butir-butir kewangan peribadi dan maklumat keselamatan social.

Kami juga boleh mengumpul, merekod, memegang, menyimpan dan/atau memproses maklumat anda daripada sumber-sumber lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemeriksaan latar belakang pihak ketiga, mana-mana agensi pelaporan kredit berdaftar, mana-mana pihak berkuasa kawal selia dan mana-mana pihak berkuasa, depositori pusat atau ejen depositori.

Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

Anda dengan ini mengakui, mengesahkan dan bersetuju bahawa kami boleh mengumpul, merekod, memegang, menyimpan dan/atau memproses data peribadi anda untuk tujuan berikut:

  1. untuk mengesahkan identiti anda sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan mana-mana undang-undang berkenaan;
  2. untuk menghantar maklumat berkenaan ekuiti crowdfunding dan maklumat yang berkaitan dengan pelaburan lain;
  3. bagi memahami keperluan dan keutamaan anda, dan untuk membekalkan perkhidmatan kami kepada anda;
  4. bagi memajukan, mempertingkatkan, memasarkan dan menyediakan produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anda;
  5. bagi membolehkan anda untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pelaburan dan pengumpulan dana;
  6. bagi pelabur-pelabur yang ingin membekalkan modal, untuk mengesahkan bahawa anda adalah layak untuk membuat pelaburan melalui laman web kami selaras dengan undang- undang relevan;
  7. bagi mempertingkatkan taraf perkhidmatan kami;
  8. bagi memberi maklum balas atau memproses permintaan atau aduan anda;
  9. bagi mematuhi keperluan pematuhan dan pendedahan mana-mana dan semua jabatan kerajaan dan/atau separa-kerajaan, agensi, badan-badan kawal selia dan/atau berkanun;
  10. bagi mematuhi apa-apa obligasi yang mengikat kami di bawah mana-mana undang-undang, kaedah, peraturan, undang-undang kecil, perintah, garis panduan, arahan, dasar dan apa-apa kehendak lain yang berkuatkuasa dan seperti yang dipinda dari semasa ke semasa;
  11. bagi tujuan penyimpanan rekod dalam perjalanan biasa perniagaan kami; dan
  12. bagi apa-apa tujuan lain yang berkaitan dengan urusan pada Platform kami.

Anda dengan ini mengakui bahawa sekiranya kami tidak menerima maklumat yang diperlukan daripada anda, atau jika kami tidak berpuas hati dengan maklumat yang diberikan, permohonan anda untuk menjadi seorang Pengguna yang berdaftar pada Platform tidak akan diterima dan anda tidak akan dapat mengakses atau menggunakan bahagian Platform yang boleh diakses kepada Pengguna berdaftar

Penggunaan dan Pendedahan

Kami boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pemegang amanah kami, bank, Issuers, ejen, kontraktor, pembekal, penasihat profesional, affiliate kami dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kami, mana-mana mahkamah, untuk tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 2 di atas. Pihak-pihak ini akan mengendalikan data peribadi anda secara sulit, selaras dengan Dasar Privasi ini dan mematuhi semua prinsip-prinsip perlindungan data dan akan memproses data peribadi tersebut hanya untuk tujuan dan dalam syarat-syarat yang dinyatakan di sini.

Kami bertanggungjawab terhadap data peribadi di bawah kawalan kami. Kami mengambil setiap langkah yang kami mampu untuk menyediakan tahap perlindungan yang setanding untuk data peribadi yang diedarkan kepada pihak-pihak bersekutu kami mengenai ekuiti crowdfunding. Kami juga akan menyusun, menggunakan dan mendedahkan maklumat agregat bukan peribadi yang dikumpul melalui Platform untuk meningkatkan perkhidmatan dan/atau perniagaan kami.

Sekiranya anda memberikan kami data peribadi atau maklumat mengenai orang lain, anda mengesah bahawa dia telah melantik anda untuk bertindak untuk dia, untuk bersetuju kepada pemprosesan data peribadinya dan untuk menerima notis perlindungan data bagi pihaknya.

Penyimpanan dan Pengekalan Data Peribadi

Data peribadi anda akan disimpan sama ada dalam salinan cetak di pejabat kami, pejabat pihak- pihak bersekutu kami atau disimpan di dalam server yang terletak di Malaysia dan dikendalikan oleh kami atau pembekal perkhidmatan kami. Sebarang data peribadi yang diberi oleh anda akan kami simpan selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam perenggan 2 di atas atau diperlukan untuk menunaikan apa-apa undang-undang, peraturan, keperluan perakaunan atau untuk melindungi faedah kami.

Data Komunikasi

Platform kami akan mengumpul data komunikasi seperti alamat protocol internet anda dan sebagainya. Sebarang data peribadi yang mungkin dikumpul sebagai sebahagian daripada aktiviti-aktiviti tersebut juga akan dianggap sebagai data peribadi yang dikumpul secara khusus oleh kami dalam memberikan perkhidmatan kami dan menggendalikan platform dalam talian dan tertakluk kepada dasar perlindungan privasi kami.

Pengumpulan Data Bukan Peribadi secara Automatik

Kami boleh secara automatik mengumpul data bukan peribadi (contohnya, jenis pelayar dan sistem operasi yang digunakan, nama domain laman web dari mana anda datang, bilangan lawatan, purata masa yang diluangkan di laman ini, laman-laman yang dilayari). Kami mungkin menggunakan data ini untuk meningkatkan perkhidmatan kami, laman web dan talian Platform kami, memantau daya tarikan Platform dan memperbaiki prestasi atau kandungannya.

Perubahan Pemilikan dan Kawalan Perniagaan

Kami boleh, dari semasa ke semasa, mengembang, mengurangkan atau menjual perniagaan kami, dan ini mungkin melibatkan pemindahan bahagian tertentu atau seluruh perniagaan kami kepada pihak lain. Data peribadi anda akan, dimana ia berkaitan dengan bahagian-bahagian yang dipindahkan, dipindah bersama dengan bahagian-bahagian itu dan pemilik baru atau pihak berkuasa baru akan, di bawah syarat-syarat Dasar Privasi ini, dibenarkan untuk menggunakan data peribadi anda untuk tujuan di mana ia telah diberikan oleh anda.

Cookies

Apabila anda melayari Platform, kami boleh menyimpan beberapa data dalam komputer anda dalam bentuk "cookie" untuk mengenali komputer peribadi anda secara automatik apabila anda melawat Platform tersebut lagi. "Cookies" tersebut akan digunakan untuk, sebagai contoh, membantu kami memberikan anda maklumat khusus yang sepadan dengan profil pelaburan dan minat anda. Anda boleh menghalang "cookies" dengan mengkonfigurasi pelayar Internet anda. Sila ambil perhatian bahawa sebahagian integral perkhidmatan di Platform kami akan ditingkatkan melalui penggunaan "cookies".

Forum Awam

Platform ekuiti crowdfunding yang dikendalikan oleh Pengendali ECF membolehkan pengguna berkomunikasi dengan pengguna platform yang lain. Anda dinasihatkan supaya berhati-hati apabila membuat keputusan untuk mendedahkan data peribadi di saluran tersebut.

Sekuriti

Kami akan berusaha untuk melindungi dan merahsiakan semua data peribadi yang kami kumpulkan. Platform ini mempunyai langkah-langkah keselamatan yang ditempatkan untuk melindungi data peribadi dan apa-apa maklumat sensitif lain yang mungkin kami simpan. Sebagai contoh, kami menggunakan SSL standard industri atau protokol SET. Malangnya, tiada penghantaran data melalui internet boleh dijamin dengan sepenuhnya. Oleh itu, kami tidak boleh menjamin keselamatan sebarang data peribadi yang dihantar kepada kami dan inidividu berbuat demikian atas risiko mereka sendiri.

Pengguna juga diingatkan bahawa butiran-butiran "log in" seperti nama pengguna dan kata laluan perlu dilindungi dan dirahsiakan.

Links

Platform ini mungkin mengandungi links ke laman web lain yang kami percaya mungkin menarik minat anda. Laman-laman tersebut bertanggungjawab sepenuhnya atas maklumat yang dikumpul dan perkhidmatan yang mereka tawarkan. Pengendali ECF tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan atas informasi yang terkandung dalam mana-mana Laman Berkaitan atau penggunaan atau ketidakupayaan pengguna untuk mengguna mana- mana Laman Berkaitan. Akses dan penggunaan Laman Berkaitan, termasuk maklumat, bahan, produk, dan perkhidmatan di Laman Berkaitan atau yang boleh didapati melalui Laman Berkaitan adalah atas risiko anda sendiri. Apabila anda menggunakan Laman Berkaitan, anda dikawal oleh syarat-syarat penggunaan dan dasar privasi di Laman Berkaitan tersebut.

Integriti Data

Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan maklumat tersebut adalah maklumat terkini, dan anda akan memaklumkan kepada kami dengan segera sekiranya maklumat tersebut adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskini dan anda akan memberi kepada kami maklumat yang benar, tepat, lengkap dan kemaskini.

Hak Akses kepada Maklumat Peribadi

Akta tersebut memberikan anda hak akses kepada data peribadi anda yang kami simpan atas pembayaran yuran yang ditetapkan dan untuk meminta pembetulan data peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskini.

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Dasar Privasi ini atau jika anda ingin membuat permintaan untuk mengakses data peribadi anda atau jika anda ingin membetulkan data peribadi anda atau jika anda ingin menarik balik kebenaran anda kepada kami untuk memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 2 di atas atau untuk pemindahan data peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan dalam perenggan 3 di atas, anda boleh membuat permintaan secara bertulis ke alamat berikut:

Pengasingan

Kami berusaha untuk memastikan bahawa Dasar Privasi ini mematuhi peruntukan-peruntukan Akta yang relevan dan undang-undang lain yang berkenaan. Walau bagaimanapun, sekiranya mana-mana peruntukan-peruntukan ini didapati menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan tersebut adalah dianggap sebagai diasingkan daripada Dasar Privasi ini dan tidak akan menjejaskan kesahan dan kebolehkuatkuasaan seluruh Dasar Privasi ini. Klausa ini hanya boleh digunakan dalam bidang kuasa di mana terma-terma khusus menyalahi undang-undang.

Tiada Pengecualian

Sekiranya kami atau anda gagal untuk menguatkuasakan mana-mana hak atau remedi yang terkandung dalam Dasar Privasi ini, ini tidak bermaksud bahawa anda atau kami (sepertimana yang berkenaan) telah mengecualikan hak atau remedi tersebut dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pengecualian.

Perubahan kepada Dasar Privasi

Kami mempunyai hak untuk mengubah Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dan akan memastikan bahawa notis perubahan tersebut akan disediakan kepada anda melalui Platform atau melalui mana-mana cara yang kami melihat sebagai sesuai dan wajar.

!

RISK WARNING


Equity Crowdfunding is risky. You are investing in early stage companies which may not do well and could even fail. You could lose part or all of your investment. You may not be able to sell your shares easily.

Investments are speculative and carry high risks. To decrease exposure, these types of investments should only be made as part of a diversified portfolio. Spread your risks and only invest money that you can afford to lose. pitchIN wants all investors to understand these risks and make careful investment decisions. You are also encouraged to seek independent advice.